Cookie Consent
Web cookies are small text files stored on a user's browser by websites to remember information, such as login status, shopping cart contents, and site preferences. They enable personalizat... Cookie Policy
✅ Boleh semak sendiri tarikh yang masih kosong untuk tempahan secara online.
✅ Tiada mark-up atau tambahan harga, tiada caj tersembunyi — guest bayar ikut harga asal yang ditetapkan oleh pemilik homestay.
✅ Pembayaran terus kepada pengusaha homestay guna QR atau bank transfer tanpa melalui orang tengah.
Tak perlu.
1. Guna bar carian di bahagian atas laman web kami untuk memasukkan kata kunci, nama homestay atau kategori.
2. Anda juga boleh menapis hasil carian mengikut lokasi atau kriteria lain untuk mengecilkan skop carian anda.
Klik pada gambar homestay pilihan anda untuk masuk ke Business Page homestay berkenaan dan klik butang "Book Now" untuk lihat tarikh yang masih kosong.
1. Klik gambar atau nama homestay pilihan anda untuk masuk ke Business Page homestay berkenaan.
2. Klik butang "Book Now".
3. Pilih tarikh check-in yang masih kosong untuk tempahan.
4. Pilih tarikh check-out.
5. Masukkan maklumat wajib - jumlah guest, nama penuh, no phone,
6. Pilih Kupon Diskaun jika ada.
7. Semak jumlah bayaran yang dipaparkan.
8. Tekan butang "Confirm Booking".
9. Tunggu sebentar untuk sistem proses tempahan anda (5 saat).
10. Tekan butang hantar dalam whatsapp anda untuk hantar notifikasi tempahan kepada Pemilik Homestay.
11. Tunggu maklumbalas wasap daripada Pemilik Homestay dan QR code bayaran.
12. Buat bayaran dan tarikh tempahan anda di kunci secara automatik.
PERHATIAN:
1. Tiada bayaran diperlukan semasa membuat tempahan.
2. Bayaran hanya perlu dibuat selepas Pemilik Homestay menerima dan mengesahkan tempahan anda dan menyertakan QR code bayaran atau maklumat akaun.
3. Pembatalan Percuma jika tempahan belum disahkan oleh Pemilik homestay.
1. Klik link "Booking tracking" dalam whatsapp booking anda untuk lihat maklumat tempahan dan status semasa.
2. Jika tiada sebarang maklumbalas daripada pihak homestay, tekan butang panggilan untuk hubungi homestay.
1. Semak dulu maklumat homestay dan jangan buat sebarang tempahan jika maklumat meragukan kerana anda bertanggung jawab sepenuhnya ke atas semua tempahan dan bayaran yang dilakukan.
2. Semua Tetamu (Guest) tertakluk sepenuhnya kepada syarat tempahan, penginapan, perubahan harga dan pemulangan deposit/bayaran sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pemilik Homestay.
3. Pihak Maicari Homestay tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berlaku antara Tetamu (Guest) dan Pemilik Homestay.
4. Tetamu (Guest) bebas untuk kol atau wasap Pemilik Homestay samada sebelum atau selepas membuat tempahan.
5. Maicari Homestay bukanlah Pemilik Homestay.
6. Untuk sebarang aduan berkaitan homestay, sila tekan butang wasap di bawah untuk hubungi admin dan tindakan.
Paparan Harga tertakluk kepada persetujuan Pengusaha Homestay. Guest boleh guna butang panggilan atau wasap untuk hubungi owner homestay atau owner homestay akan maklum harga yang perlu dibayar selepas menerima booking online dari guest. Jika guest tak bersetuju dengan harga yang dimaklumkan, guest boleh batalkan tempahan tanpa sebarang risiko.
Ya, buat masa sekarang hanya untuk pengguna android yang boleh muaturun aplikasi rasmi di Google Play ( klik sini ) dan untuk pengguna iOS boleh terus layari url https://maicarihomestay.com